Cinta Koko Coklat

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari telenovela Argentina, Candy Love oleh TelefeDitulis oleh
  • Raja Azida Raja Jaafar
  • Haida Mazni
  • Baizura Kahar
  • Muhammad Hafiizah
  • Ain Fazurin
  • Nik Ala Nik Othman
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
  • Raja Afiq
  • Sweet Qismina
  • Zahirah MacWilson
  • Aqasha
  • Azrel Ismail
  • Mimi Lana
  • Sasqia Dahuri
Lagu pembukaan"Sabar" oleh Ismail IzzaniLagu penutup"Sabar" oleh Ismail IzzaniPenggubah
  • Omar K
  • Adib Hamdi
  • Ismail Izzani
  • Zynakal
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod50PenerbitanPenerbit eksekutif
  • Rozita Mat Isa
  • Francis Foo
PenerbitKevin FooPenyunting
  • Aliff JJ
  • Zat Azmi
  • Ahmad Syahir
  • S.C. Elliot
SinematografiMahadi Said
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kameraTempoh siaran40–43 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran
PenyiaranSaluran asalNTV7Format gambarHDTV 1080iFormat audioDolby Digital PlusSiaran asal23 Julai 2018[1] – 1 Oktober 2018[2]

Cinta Koko Coklat ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan sulung Pali Yahya[3] terbitan Juita Viden. Siri ini diadaptasi daripada telenovela Argentina, "Dulce Amor" (Candy Love) terbitan Telefe. Dibintangi oleh Raja Afiq, Sweet Qismina, Zahirah MacWilson, Aqasha, Azrel Ismail, Mimi Lana dan Sasqia Dahuri. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot GlamaDrama NTV7 dari 23 Julai 2018 hingga 1 Oktober 2018 menggantikan Inai Yang Hilang dan digantikan oleh Terima Aku Seadanya.

Sinopsis

Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik.

Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus jasmin & jasnita syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish.

Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim.

Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan

  1. ^ "Cinta Koko Coklat". rajadrama.com.
  2. ^ "Cinta Koko Coklat". layandrama.online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-20. Dicapai pada 2018-10-20.
  3. ^ "Drama Cinta Koko Coklat lakonan Zahirah Macwilson dan Aqasha". Kepala Bergetar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 2018-09-06.
  4. ^ "Cinta Koko Coklat (ntv7)". myinfotaip.com. 22 Julai 2018.

Pautan luar